Senyum sekuntum yang mekar
mengisah seribu warna bahagia
semerbak harum bertebar
melangkaui medan lara
dan irama rasa indah
menari-nari di telinga
Segala bahagia yang terpandang
segala lara yang terbuang
ku turut dengan syukur berbait
kerana hari ini
aku masih mampu menyaksi
tautan dua hati termeteri
Sudikah hati-hati yang terpaut
menumpang si kerdil aku
pada rasa itu?