Senyum sekuntum yang mekar
mengisah seribu warna bahagia
semerbak harum bertebar
melangkaui medan lara
dan irama rasa indah
menari-nari di telinga
Segala bahagia yang terpandang
segala lara yang terbuang
ku turut dengan syukur berbait
kerana hari ini
aku masih mampu menyaksi
tautan dua hati termeteri
Sudikah hati-hati yang terpaut
menumpang si kerdil aku
pada rasa itu?
Berpeluang memerhatikan merpati sejoli saling menzahir rasa hanya melalui pandangan mata bukan sesuatu yang mudah diperolehi zaman ini. Justeru karya ringkas ini pun terhasil...
ReplyDeletejiwang karats...ehehh
ReplyDeletepeah,
ReplyDeletesuka la dgn bahasa ko.....sedap and smooth je.....best la collection ko kat sini.....like..like...like....